Sunday 26 March 2017

MAKANAN TRADISIONAL PERLIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.........
Hari ini saya akan memperkenalkan makanan yang berasal dari negeri PERLIS. Perlis merupakan negeri yang bersempadan dengan negara Thailand. Antaranya ialah RINGGI,JERUK MAMAN, dan PULUT HARUM MANIS.


RINGGI

 Image result for KUIH PERLIS RINGGIT

Ringgi atau emping yang siap dibuat akan dimakan bersama isi kelapa yang sudah diparut dan juga gula sebelum ia dibahagikan untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing. Selalunya pembahagian dibuat menggunakan kaedah sukat secara lama atau tradisional iaitu menggunakan kepoi ataupun gantang. Jika padi yang diketam segantang, mungkin ringgi yang boleh dihasilkan ialah hempat kepoi (secupak). 


JERUK MAMAN
Image result for JERUK MAMAM


 Pokok Maman atau nama saintifknya Cleome Gynandra merupakan tumbuhan renek yang boleh dijumpai hidup di kawasan berpasir dan tanah lapang. Kebiasaannya pucuk atau daun muda dibuat jeruk sebagai pembuka selera. Air jeruknya menjadi cicah ikan bakar dan makanan yang lain. Bahan asas penyediaan sajian tradisi ini ialah pucuk atau daun muda maman, nasi putih, garam dan air secukupnya.

PULUT HARUM MANIS

 Image result for PULUT HARUM MANIS

Harumanis, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam kalangan rakyat negeri Perlis khususnya dan penggemar mangga ini amnya. Harumanis Perlis telah mencipta satu fenomena tersendiri setiap kali tiba musimnya antara Mac hingga Jun setiap tahun. Kehadiran Harumanis sentiasa dinantikan penggemar buah tempatan sama ada di negeri Perlis atau lain – lain negeri. Buah ini sangat popular dimakan dengan pulut. Rasanya sangat sedap. 

sumber:http://www.jkkn.gov.my/pemetaanbudaya/perlis-makanan-tradisi/

No comments:

Post a Comment