Sunday 26 March 2017

MAKANAN TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN

Assalamualikum dan salam sejahtera..........
Negeri Sembilan (juga dikenali sebagai Negeri Sembilan Darul Khusus) adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat . Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal MinangkabauSumatera BaratIndonesia yang telah tiba sejak abad ke-14. Kemudian masyarakat yang bermukim pada sembilan negeri seperti JoholJelebuKlangSungei UjongNaningRembauJelaiSegamat dan Pasir Besar membentuk persekutuan yang disebut lembaga dan dinamakan Negeri Sembilan. Makanan tradisional yang saya akan perkenalkan hari ini ialah MASAK LEMAK CILI API, RENDANG CILI API, dan SALAI.


MASAK LEMAK CILI API
Image result for masak lemak cili api negeri sembilan

Gulai/Masak Cili Api. Dikenali sebagai masakan kuning lada api atau “masok lomak lado api” satu-satunya masakan yang popular dan menjadi lambang masakan tradisonal orang melayu Negeri Sembilan. Ia merupakan salah satu masakan daripada orang Minangkabau dan kebiasaanya dimasak bersama ikan, siput sedut, ayam, sayur-sayuran dan daging salai.

RENDANG CILI API
Image result for RENDANG cili api negeri sembilan

Rendang Cili Padi. Rendang di Negeri Sembilan berlainan dengan rendang yang dimasak di negeri-negeri lain kerana rendangnya menggunakan cili padi sahaja dan tidak menggunakan cili kering.


SALAI

salai negeri sembilan
Salai. Salai atau menyalai dari erti kata lain dengan cara mengeringkan atau dipanggang diatas api. Di Negeri Sembilan, salai terdapat dalam ayam, itik, ikan atau daging. Dengan dimasak bersama Rendang serta Masak Cili Api menjadikan masakan ini bertambah sedap.


sumber:http://www.orangnogori.com/
                   :http://mte3012-nurulhusnacheomar.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment