Sunday 5 March 2017

MAKANAN TRADISIONAL KELANTAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya akan memualakan pencarian makanan tradisional ini dengan negeri kelahiran saya iaitu Che Siti Wan Kembang, tak lain tak bukan negeri KELANTAN.Negeri Kelantan terkenal dengan NASI KERABU,NASI TUMPANG,AKOK dan KUIH BUTIR NANGKA.


            

Nasi Kerabu merupakan salah satu nasi yang unik kerana warna nasinya yang berwarna biru. Nasi kerabu ini dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng,ulam,  keropok kering, jeruk, telur masin dan salad. Selain itu, anda juga boleh memilih lauk untuk dimakan dengan nasi kerabu ini.Walaubagaimanapun, nasi kerabu juga sering dimakan dengan solok lada dan keropok goreng.


            

Nasi tumpang ini terdapatnya nasi dengan lapisan yang berbeza dan dibungkuskan didalam bentuk kon sebelum dihidangkan.Nasi tumpang ini akan dibungkus menggunakan daun pisang. Makan ini dahulunya merupakan makanan asas untuk petani di Negeri Kelantan untuk dibawa ke tempat kerja. Lauk yang ada didalam nasi tumpang ini ialah omelet,serunding ikan atau serunding daging,udang atau ikan masak kari,sambal cili dan timun.Setiap lauk akan diletak secara selang seli dengan nasi putih.    
                             

             


Kuih akok merupakan salah satu kuih tradisional yang sangat popular di Kelantan terutamanya pada bulan puasa. Terdapat 5 jenis kuih akok,antaranya ialah kuih akok nisan, akok daun pandan, akok kemboja, akok berlauk dan akok pisang.Pada kebiasaannya, kuih akok ini boleh didapati dengan 2 warna iaitu perang dan hijau. Warna ini berlainan akibat dipengaruhi oleh kuantiti telur dan juga perisa daun pandan.Kuih akok ini asalnya daripada Pattani yang merupakan tempat yang berhampiran dengan Kelantan.



                

Kuih Butir Nangka ini dibuat seperti pengat yang mempunyai kuah. Kuih ini merupakan salah satu kuih tradisional Kelantan. Kuih butir nangka ini dibuat dengan menggunakan beras pulut,santan dan nisan (gula melaka).Untuk mendapat warna hijau, daun pandan akan dikisarkan tetapi pada masa kini, kuih butir namgka ini bukan sahaja menggunakan warna hijau malahan dibuat dengan pelbagai warna. Kuih butir nangka ini mempunyai rasa yang berlemak dan sedikit manis. Ianya digelar kuih butir nangka kerana bentuknya yang bulat dan saiznya seperti butir biji nangka.


*Kelantan mempunyai banyak lagi makanan tradisional, tapi bagi perndapar peribadi saya makanan yang saya perkenalkan diatas sanafatlah dikenali bagi semua orang di malaysia sebagai makanan yang melambangkan negeri KELANTAN.



SOURSES:http://www.sini.com.my









No comments:

Post a Comment