Sunday 19 March 2017

MAKANAN TRADISIONAL PULAU PINANG

Assalamualikum dan salam sejahtera............
Hari ini saya akan memperkenalkan makanan yang berasal dari utara Malaysia pula. Hari ini saya akan mulakan dari negeri yang saya berada sekarang iaitu negeri PULAU PINANG. Pulau Pinang sangat terkenal dengan sejarahnya dan tempat tempat yang menarik untuk dilawati seperti Bulit Bendera, Taman Rama-rama dan banyak lagi. Namun bukan itu yang saya nak kongsikan hari ini. Saya nak memperkenalkan makanan tradisional yang saya rasa melambangkan nereri Pulau Pinang iaitu NASI KANDAR, LAKSA PENANG,dan  PASEMBOR

NASI KANDAR

                                            Image result for nasi kandar pulau pinang

Nasi kandar adakah satu hidangan utara Malaysia yang popular, dan berasal dari Pulau Pinang. Ia satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur itu biasanya adalah seperti terung, bendi atau peria. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi.Mengikut tradisi, nasi kandar selalu dihidangkan bersama hidangan sampingannya dalam satu pinggan. Namun dewasa ini, mangkuk melamina kecil adalah digunakan untuk hidangan sampingan. Apapun, campuran sos kari sentiasa dicurahkan terus pada nasi.  


LAKSA PENANG
Related image

Laksa Penang amat popular di Pulau Pinang di mana ia berasal. Kuahnya lebih cair dan masam manis. Ia cukup popular dan cukup di gemari ramai. Ada yang memanggilnya sebagai asam laksa.. Laksa Pulau Pinang adalah satu-satunya makanan Malaysia yang berada dalam senarai 50 makanan paling lazat di dunia.Tidak banyak perbezaan antara Laksa Pulau Pinang dengan laksa negeri lain, namun terdapat beberapa keistimewaan yang menjadikan laksa Pulau Pinang kini terkenal di seluruh Malaysia. pada tahun 50an orang Cina telah mengambil laksa Pulau Pinang sebagai makanan mereka. Mereka telah menambah nenas dan otak udang dalam laksa yang menjadikan laksa Pulau Pinang lain dari yang lain. Di sebelah Seberang Perai pula terkenal dengan laksa campur. laksa campur terdiri daripada telur, cucur udang, dan sambal tumis sotong.


PASEMBOR

                                             Image result for keistimewaan pasembur pulau pinang  

Pasembur atau pasembor adalah salad India Malaysia yang terdiri daripada timun mayang, bawang, ubi kentang, tauhu, taugeh, udang kering, ketam goreng berempah, sotong goreng, dsb. dihidang bersama kuah kacang manis berempah. Kuahnya hampir sama seperti kuah gado-gado ataupun kuah sate.Boleh mengenyangkan dan boleh menjadi diet makanan sayuran jika tidak dicampur potongan makanan laut. 

souses: https://ms.wikipedia.org/wiki/Pasembu
            :http://mte3012-nurulhusnacheomar.blogspot.my/





No comments:

Post a Comment