Sunday 19 March 2017

MAKANAN TRADISIONAL KEDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.........
Hari ini saya masih memperkenalkan makanan yang berasal dari utara iaitu negeri KEDAH. Kedah merupakan negeri yanf mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri yang secara tidak langsung telah menghasilkan keunikan perkembangan sejarah yang dilaluinya. Gua-gua batu kapur yang merupakan tempat tinggal atau tempat persinggahan masyarakat zaman prasejarah banyak terdapat di daerah-daerah Kubang Pasu, Kota Star dan Baling. Apa yang lebih menarik ialah terdapatnya sebuah gunung yang tersergam indah di persisiran pantai yang dipercayai telah menjatan Hindi di zaman yadi landmark kepada pelayar-pelayar yang melalui Laung silam. Makanan yang saya nak memperkenalkan hari ini ialah PEKASAM, LAKSA KEDAH, GULAI BATABG PISANG, dan KUIH BUNGA PUDAK.

PEKASAM

Image result for PEKASAM negeri kedah 

Saya percaya setiap negeri mempunyai makanan tradisinya. Dan, apabila menyebut makanan tersebut, pasti nama negerinya turut diperkatakan. Bagi saya pekasam merupakan makanan tradisi yang popular di negeri Kedah. Biar sekalipun anda mengatakan bahawa negeri anda juga popular dengan pekasam, saya masih menyatakan bahawa pekasam negeri Kedah tetap yang istimewa. Jangan marah ya. Mungkin perbezaan itu terletak pada ikan yang digunakan. Jika di Kedah ikan puyu, haruan, lampam menjadi ikan yang sering digunakan untuk membuat pekasam.

LAKSA KEDAH

Image result for LAKSA  negeri kedah  

Laksa Kedah asli ni ada ciri tertentu. Kuah mestilah pekat dan likat. Dari segi warna tu agak pucat sikit kekelabuan. Ini kerana laksa Kedah asli tidak menggunakan cili kering, tetapi menggunakan cili padi. Disebab cili padi ni dah pedas, maka pengunaanya cukupla sedikit sahaja. Tak seperti cili kering, kita kena pakai banyak.Laksa yang digunakan selalunya laksa beras buatan sendiri. Orang sini panggil laksa chap. Selalu ada jual dipasar pagi. Jika susah nak dapat laksa chap, boleh je pakai laksa kasar kering biasa, direndam dahulu semalaman barulah direbus lembut.

GULAI BATANG PISANG

Image result for gulai batang pisang negeri kedah

Gulai Batang Pisang memang signature dish orang Baling Kedah, terutamanya di kawasan kampung. Tetapi tolong jangan bayangkan dalam periuk atau kawah sedang menggelegak tu ada batang pisang.  Nama saja Gulai Batang Pisang tetapi bahagian batang pisang yang digunakan adalah umbut pisang atau rias pisang. Umbut pisang adalah bahagian tengah batang pisang yang lembut dan berwarna putih. Sama saja kalau umbut kelapa.
Gulai batang pisang biasanya di masak untuk majlis kenduri dan lebih sedap gulai batang pisang  menggunakan daging bertulang  lembu atau kambing.
Sekarang, menu gulai batang pisang boleh juga dijadikan salah satu menu berbuka puasa yang istimewa.

KUIH BUDAK PUDAK
Image result for kuih budak pudak negeri kedah 
Kuih Bunga Pudak ialah sejenis kuih asli di negeri Kedah,terutama di kawasan utara Kedah seperti Alor Star,Jitra dan kawasan-kawasan berdekatan dengannya. Orang Kedah yang tinggal di kawasan selatan dan timur mungkin tidak mengenali atau tidak tahu cara untuk memasak kuih ini.Kuih ni dijual  di kedai-kedai kuih tradisi terutama di Pekan Rabu,Alor Star. Kuih ini dinamakan sempena bunga Pokok Pudak.Bahan yang digunakan untuk membuat kuih ini mudah untuk didapati akan tetapi cara pembuatan kuih ini tidak mudah seperti yang disangkakan.Kuih ini merupakan kuih orang dulu-dulu dan pembuatan kuih ini memerlukan  teknik kemahiran yang tinggi untuk mendapatkan hasil yang berkualiti.

SOURSES:http://www.jkkn.gov.my/pemetaanbudaya/kedah-makanan-tradisi/







No comments:

Post a Comment