Sunday 12 March 2017

MAKANAN TRADISIONAL TERENGGANU


    Asaalamualaikum dan Salam sejahtera...................

Jika sebelum ini saya memperkenalkan makanan dari negeri pantai timur iaitu negeri Kelanatan. Hari ini saya akan memperkenalkan makanan jyga dari panatai timur iaitu negeri TERENGGANU. Walaupun Terengganu terkanan dengan kecanatikan pantai dan pulau pulau mereka. Ramai yang tak mengetahui Terengganu juga mempunyai makanan tradisional yang melambangkan nrgeri mereka. Tidak dinafikan, rasanya sangat sedap. Antaranya ialah KEROPOK LEKOR, NASI DAGANG dan KETUPAT SOTONG.




                                                    KEROPOK LEKOR


                                              Image result for keropok lekor terengganu 


Keropok lekor atau keropok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Perkataan "Lekor" bermaksud "Lingkar" dalam bahasa Melayu Terengganu yang menggantikan ejaan "ar" kepada "or" di akhir suku kata. Oleh itu maksud Keropok Lekor ialah Keropok yang berlingkar. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.
Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.
Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor di beberapa negeri lain selain Terengganu.
Keropok lekor biasanya tidak tahan lama. Bagaimanapun, sekiranya hendak disimpan dengan lebih lama, keropok lekor hendaklah dibalut dengan plastik dan diletakkan di tempat sejuk beku bagi mengelakkan baunya mencemari makanan lain. Apabila hendak dimakan, ia perlu dibasuh dan direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit garam, sekiranya tidak keropok berasa tawar.
Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk. Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng.


NASI DAGANG


                                                   Image result for nasi dagang terengganu

Nasi Dagang merupakan masakan tradisional istimewa yang terkenal di Terengganu . Diperbuat daripada campuran beras siam dan beras pulut dan dimasak dengan santan kelapa, halia, bawang merah dan halba.
Nasi dagang Terengganu mempunyai sejarah asal usul yang dikaitkan dengan istana serta masyarakat nelayan di Kuala Terengganu.
Diceritakan suatu masa dulu masyarakat nelayan yang tinggal berhampiran istana di Kuala Terengganu akan mempersembahkan nasi dagang kepada istana Terengganu pada setiap sambutan hari raya Idil Fitri. 
Diceritakan pada Zaman Al-Marhum Sultan Ismail menjawat jawatan Yang Dipertuan Agung, nasi dagang Mok Choh dari Kampung TanjungNesan Empat sering dihantar ke Istana Negara menggunakan perkhidmatan kapal terbang MAS ketika itu.
Tidak hairanlah hampir kesemua restoran nasi dagang yang istemewa terletak disekitar bandar Kuala Terengganu. 

KETUPAT SOTONG 
Image result for asal usul ketupat sotong terengganu 
Apabila terkenang musim mencandat sotong, pasti terkenang menu kegemaran blogger iaitu Ketupat Sotong.
Rasanya yang lemak manis pastinya mengecurkan airliur dan selera.Terdapat dua jenis ketupat sotong yang selalu di masak iaitu kalau di kawasan Kuala Terengganu dan ke selatan ianya di masak secara lemak dan berkuah putih. Ianya boleh dijadikan lauk atau pencuci mulut. Kalau di sebelah Setiu dan Besut ia dimasak sedikit manis bersama gula melaka dan sedikit gula dan warnanya sedikit merah dan gelap. Yang ini adalah menjadi kegemaran blogger.

Ia di masak bersama pulut yang direndam dan masukkan ke dalam sotong dan kemudiannya di masak bersama santan, sedikit bawang, halba, daunpandan dan gula melaka serta sedikit halia sebagai pewangi. Kuahnya yang lemak manis bersama pulut memang menambat selera.

Pada kebiasaannya menjelang ramadhan atau pasar malam ia ada dijual, tetapi selalunya yang dijual di sana agak mahal berbanding jika dibuat sendiri.

Ketupat sotong ini mempunyai keistimewaannya sendiri kerana ia tidak terdapat ditempat lain. Sememangnya ia makanan tradisi rakyat Terengganu.

sumber:http://terengganumyheritage.blogspot.my/
                   :http://nasidagangbatuburuk.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment