Sunday 26 March 2017

MAKANAN TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN

Assalamualikum dan salam sejahtera..........
Negeri Sembilan (juga dikenali sebagai Negeri Sembilan Darul Khusus) adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat . Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal MinangkabauSumatera BaratIndonesia yang telah tiba sejak abad ke-14. Kemudian masyarakat yang bermukim pada sembilan negeri seperti JoholJelebuKlangSungei UjongNaningRembauJelaiSegamat dan Pasir Besar membentuk persekutuan yang disebut lembaga dan dinamakan Negeri Sembilan. Makanan tradisional yang saya akan perkenalkan hari ini ialah MASAK LEMAK CILI API, RENDANG CILI API, dan SALAI.


MASAK LEMAK CILI API
Image result for masak lemak cili api negeri sembilan

Gulai/Masak Cili Api. Dikenali sebagai masakan kuning lada api atau “masok lomak lado api” satu-satunya masakan yang popular dan menjadi lambang masakan tradisonal orang melayu Negeri Sembilan. Ia merupakan salah satu masakan daripada orang Minangkabau dan kebiasaanya dimasak bersama ikan, siput sedut, ayam, sayur-sayuran dan daging salai.

RENDANG CILI API
Image result for RENDANG cili api negeri sembilan

Rendang Cili Padi. Rendang di Negeri Sembilan berlainan dengan rendang yang dimasak di negeri-negeri lain kerana rendangnya menggunakan cili padi sahaja dan tidak menggunakan cili kering.


SALAI

salai negeri sembilan
Salai. Salai atau menyalai dari erti kata lain dengan cara mengeringkan atau dipanggang diatas api. Di Negeri Sembilan, salai terdapat dalam ayam, itik, ikan atau daging. Dengan dimasak bersama Rendang serta Masak Cili Api menjadikan masakan ini bertambah sedap.


sumber:http://www.orangnogori.com/
                   :http://mte3012-nurulhusnacheomar.blogspot.my/

MAKANAN TRADISIONAL JOHOR

Assalamualaikum dan salam sejahtera..........
Kali ini saya akan memperkenalkan makanan untuk negeri yang berada di selatan Malaysia iaiti negeri JOHORMasakan dan hidangan di Johor kebanyakkannya dipengaruhi dari Tanah Besar Arab serta kepulauan-kepulauan Melayu yang berhampiran. 
Terdapat sesetengah makanan ini, yang ramuannya begitu unik dan begitu sukar untuk di dapati di negeri-negeri lain.
Kadang kala juadah-juadah enak dari negeri Selatan ini hanya boleh didapati dimajlis-majlis rasmi serta keraian tertentu sahaja.Ada juga dikalangan anak-anak kelahiran negeri Johor Darul Takzim ini tidak mengenali makanan-makanan tradisi mereka. Antatanya ialah, NASI AMBENG, ARISA, dan BURASAK.

NASI AMBENG

                                              Image result for nasi ambeng JOHOR
Nasi ambeng adalah hidangan khas Jawa berupa nasi putih yang diletakkan di atas tampah dan diberi lauk pauk di sekelilingnya. Lauk pauk dapat berupa perkedelikan asin goreng, rempeyeksambal gorengtelur rebus, tempe goreng, urapbihun goreng, dan opor ayam.
Nasi ambeng adalah hidangan yang disajikan dalam selamatan sebagai sebagai lambang keberuntungan. Nasi dimakan beramai-ramai oleh empat hingga lima orang dewasa. Nasi dimakan dengan memakai dengan tangan telanjang, tanpa sendok dan garpu. Penyajian nasi ambeng mengandung permohonan agar semua pihak yang turut serta dikaruniai banyak rezeki.

Nasi ambeng juga populer di Malaysia, terutama di kalangan orang Malaysia keturunan Jawa, dan juga dikenal dengan nama nasi ambang.[1] Hidangan ini juga dapat dijumpai di Singapura. Lauk wajib nasi ambeng di Malaysia adalah serundeng kelapa. Di Malaysia, lauk nasi ambeng yang populer adalah daging ayam masak kecapmi goreng, dan sambal goreng.


ARISA
Image result for .Arisa KUIH JOHOR
  Sejenis makanan unik yang jarang-jarang di temui sekali pun di Johor. Ianya biasa di hidangkan ketika majlis-majlis rasmi bagi golongan elit.

BURASAK
Image result for BURASAK KUIH JOHOR 

Sejenis makanan orang-orang bugis. Beras yang di bungkus dengan menggunakan daun pusang muda dan di masak besama santan. Boleh di dapati pada hari perayaan samada hari raya puasa atau hari raya korban.
Lazimnya Burasak lebih enak dimakan berama ikan parang. Ia akan terlebih istimewa sekirnya ia dimakan bersama Asam Pedas Ikan Parang.


sumber:http://www.caridestinasi.com/makanan-tradisional-johor-best/
                   :http://www.astrogempak.com.my/artikel

MAKANA TRADISIONAL MELAKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.........
Hari ini saya akan memperkenalkan makanan tradisional dari negeri yang bersejarah iaitu negeri MELAKA. Kita sudah sedia maklum dengan sejarajh negeri melakandari seja zaman Parasmiswara hinggalah kini, Namun bukan itu yang saya ak kongsikan haru ini. Hari nin saya nak kongsikan makanan tradisional negeri ini. Antaranya ialah ASAM PEDAS, BUAH MELAKA, dan TELUR PINDANG

ASAM PEDAS
Image result for asam pedas melaka

Kebiasaannya bahan-bahan yang mesti ada ialah terdiri daripada ikan (kebiasaannya ikan parangikan tenggiriikan merah dan ikan terubuk), cili keringbawang merahbawang putihbelacanhalialengkuaskunyit hidup (jika ingin menyedapkan lagi masakan), seraidaun kesumbunga kantanasam jawaasam gelugur atau daun limau purut. Bahan-bahan ini hendaklah mengikut sukatan masakan.
Cara untuk membuatnya cili kering, bawang merah dan putih, halia dan belacan dikisar atau ditumbuk lumat. Serai dan lengkuas diketuk dan bunga kantan dibelah empat. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dan lengkuas tadi kedalam periuk sehingga naik baunya dan garing. Jangan pula hangus. Selepas itu masukkan air asam jawa mengikut banyak atau sedikit sukatan masakan. Ikan yang telah dibersihkan dimasukkan sehingga mendidih. Akhir sekali masukkan serai, daun kesum, bunga kantan, asam gelugur/asam jawa atau daun limau purut.

BUAH MELAKA
Image result for buah melaka
Kuih onde-onde atau juga dikenali sebagai buah melaka merujuk kepada sejenis kuih yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti tepung beras pulut, manisan, kelapa muda parut, garam, air dan daun pandan (untuk warna dan baunya yang harum).

TELUR PINDANG
Image result for telur pindang melaka
Bagi krturunan Jawa di Melaka, Pindang dianggap sebagai satu elemen atau makanan penting yang perlu ada untuk majlis-majlis seperti kenduri aqiqah, kenduri kahwin, malam berinai, ulangtahun kelahiran dan majlis berkhatam. Telur Pindan akan direbus selama 2 hari 2 malam bersama-sama dengan pelbagai rempah ratus dan dedaun herba. Perbezaan Telur Pindang masyarakat Jawa di Melaka dan tempat lain adalah rempah ratus akan ditumis terlebih dahulu supaya kulit telur akan menjadi lebih berkilat dan licin.
Telur Pindang bukan sahaja berkhasiat malah sesuai dimakan sesiapa sahaja kerana banyak mengandungi herba dan rempah ratus yang bagus untuk kesihatan. ur Pindang dianggap sebagai satu elemen atau makanan penting yang perlu ada untuk majlis-majlis seperti kenduri aqiqah, kenduri kahwin, malam berinai, ulangtahun kelahiran dan majlis berkhatam. Telur Pindan akan direbus selama 2 hari 2 malam bersama-sama dengan pelbagai rempah ratus dan dedaun herba. Perbezaan Telur Pindang masyarakat Jawa di Melaka dan tempat lain adalah rempah ratus akan ditumis terlebih dahulu supaya kulit telur akan menjadi lebih berkilat dan licin.
Telur Pindang bukan sahaja berkhasiat malah sesuai dimakan sesiapa sahaja kerana banyak mengandungi herba dan rempah ratus yang bagus untuk kesihatan. 


sumber:http://kenalimelaka.blogspot.my/p/makanan.html
                   :http://hafanie.blogspot.my/